2016

perghh… Lama giler tak tgk blog neh.. tak sgka wujud lagi… ingatkan WordPress dah padam domain neh.. hahaha… Macam2 berlaku skrg neh.. susah nk cari kerja, dah dpt kerja tak setimpal plak gaji dgn kerja kita.. tp itu tak bermakna kita perlu bersungut. Allah nk ajar kita bersyukur. Bila kita bersyukur, tandanya kita ingat akan Dia Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah..

Takkan la kita takut miskin sedangkan kita neh hamba-Nya Yang Maha Kaya. Oleh itu, banyak-banyak la memberi. Peringatan ini utk Epyy juga dan untuk semua org di luar sana..kalau la org yg kita beri sumbangan/sedekah itu menipu, itu urusan dia dgn Allah. kita dah jalankan tanggungjawab kita. Kalau takut tersalah bagi sumbangan, apa kata masuk ceruk2 kampung, pinggir kampung dan cari golongan2 asnaf. Tapi berapa ramai org yg ada masa nk cari golongan-golongan asnaf ni??

Advertisements
Dikirim dalam 1

Kembali….

Wahh… dah lama Epyy tak usik blog Epyy neh.. nasib baik password sama lagi.. hehehe.. Bukan apa, la ni dah sibuk dengan kerja. Zaman kerja memang berbeza dengan zaman ‘study’ dulu.. Zaman study dulu, duit MARA yang bagi. Tapi lepas dah habis belajaq neh, duit kena la cari sendiri. Tapi takpa, hati mau kental..

Dikirim dalam 1

Berbangga dengan Proton

   Sapa kat sini memiliki kereta buatan Malaysia? Tak kira la sama ada Proton atau Perodua. Bagi Epyy, kedua-dua syarikat ni memang lambang kemegahan orang Malaysia di mata dunia walaupun kereta Malaysia dihentam, dikutuk teruk oleh pengacara popular Top Gear, Jeremy Clarkson. Cukup panas bila kereta Savvy dan Myvi dihentak-hentak dengan tukul. Lepas tu pula di lenyek dengan kereta kebal kalau tak salah Epyy. Waah… Lu sapa bro nak komen teruk-teruk pasai kereta Malaysia? Kereta tu memang la kecik sebab kereta tu untuk orang Asia yang kebanyakannya betubuh kecil. Bukannya bertubuh sasa macam hangpa semua!.

   Tahun 2008, Proton mula untuk bersaing dalam S2000 Rally Championship.

Dikirim dalam 1

Lingua Franca

Bangladesh. Nepal. Vietnam. Myanmar. Laos. Dan yang paling dekat sekali adalah Indonesia. Mesti hangpa semua tertanya-tanya pasai apa Epyy sebut negara-negara tersebut. Sebabnya depa semua ada kat Malaysia. Nak pula bila hari cuti umum. Contohnya macam Deepavali, Hari Raya, dan Tahun Baru Cina. Lagi la ramai depa ni berkumpul kat Kuala Lumpur ni. ‘Port” depa dok kumpoi selalunya kat KLCC. sini paling ramai warga Bangladesh dengan Indonesia dok lepak. Dah jadi macam ‘little Dhaka’ dan ‘little Jakarta’ ja.

Walaupun begitu, Epyy bangga dengan depa ni. Depa boleh cakap bahasa Malaysia (1 Malaysia maaa 😀 ). Wahh… Ada yang baru dok kt Malaysia 6 bulan pon dah boleh ckap bahasa kita. Lagi lancar lagi dario kaum-kaum lain kat Malaysia. Haahaha.. Bila dah jadi macam ni, Epyy teringat masa belajar Sejarah dulu tentang Tanah Melayu sebagai laluan Emas bagi pelaut-pelaut seluruh dunia!
Bila pelaut-pelaut dah mendarat di Tanah Melayu (Tanah Emas), depa mesti nak berurusan dengan orang-orang tempatan. So, depa guna bahasa Melayu (masa ni belum merdeka lagi, so dipanggil bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi untuk tujuan perdagangan sehinggalah seluruh dunia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara.

Dikirim dalam 1

Hukum Allah…

Alhamdulillah sebab Epyy dilahirkan di Malaysia.. Syukur Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai orang Islam.. tapi sayangnya, undang-undang di Malaysia masih lagi menggunakan
undang-undang yang British buat sebelum merdeka. Alangkah selamatnya Malaysia jika hukum hudud dijalankan di Malaysia. Kenapa susah sangat nak jalankan hukum hudud di Malaysia??
Hukum hudud adalah hukum Allah. Undang-undang yang telah Allah s.w.t buat sebelum wujudnya Malaya/Malaysia lagi. Sebelum Perang Dunia Pertama lagi dah ada undang-undang hudud dalam Al-Quran. Hudud adalah untuk orang Islam. Sesiapa yang beragama Islam yang melakukan jenayah/kesalahan haruslah dihukum mengikut ajaran Islam. Untuk orang-orang yang bukan Islam, mereka boleh dihukum mengikut undang-undang yang sedia ada sekarang…
Tapi apa daya, Epyy hanyalah rakyat biasa. Hanya menurut perintah. Tapi jika ada orang yang berpengaruh yang terbaca blog Epyy ni, harap-harap la dapat difikirkan untuk menjalankan undang-undang Allah yang suci ni. Dah tak larat nak baca berita pasal buang anak/janin, pembunuhan. Yang sadisnya, anak bunuh si ayah kandung sendiri! Nauzubillah….

Ya Allah, selamatkan lah Malaysia dari kecelakaan dan tipu daya Dajjal laknatullah.

Dikirim dalam 1

Pakat2 undi cepat..

Dikirim dalam 1

Menang dan terus menang…

Aduhh… Kerja pula Epyy hari ni. Memang rugi betul la. Tapi kenapa ek?? Sebabnya Epyy terlepas nak tengok siaran langsung antara Malaysia lawan Taiwan. Dah la game mula pukul 7.00 ptg. Epyy pula habis kerja pukul 9.00 mlm. Rugi betul. Malaysia layak ke pusingan ke 2 menentang jiran tetangga, Singapura selepas menang 2-1 pada perlawan pertama dan tewas 3-2 pada perlawanan ke dua di Taiwan. Tapi Harimau Malaya layak ke pusingan seterusnya berdasarkan jaringan gol di tempat lawan selepas seri 4-4 secara agregat. Sama-sama kita memeriahkan Stadium Bukit Jalil nanti ye semua berkemungkinan pada 28 Julai nanti..

Epyy dari dulu lagi memang sokong pasukan Malaysia ni. Hehe…  Betul la. Epyy tak tipu. Epyy sokong sebab adanya Akmal Rizal. Ya, seorang penyerang (bekas penyerang lagi sesuai kot) prolifik yang negara pernah ada dulu. Memang dia tak berapa nak lari laju macam lipas kudung. Tapi bila bola melekat kat kaki dia, dia akan buat turning dan melepaskan satu rembatan padu, kencang, dan menggegarkan jaring gol( kalau masuk la :P). Paling best bila dia sambut jaring gol. Akmal akan depakan tangan sambil lari-lari anak dan disambut pula dengan sorakan penyokong Hijau Kuning. Huhu… memang gamat suasana stadium ( terbayang sejenak). Bermula dari sini, Epyy mula kenal dengan Rosdi Talib. Bagi Epyy, dia ni memang power dari segi sepakan percuma dari jarak jauh. Rosdi memang berkebolehan menyepak bola menggunakan kedua-dua kakinya. Perghh… Terbaik kot. Kalau ada pemain yang nak terima hantaran dari beliau, pemain tersebut hanya perlu duduka diam ja. Gerenti bola akan sampai tepat ke kaki yang pemain yang tunggu hantaran dari Rosdi. Tapi coach dulu tak nampak kelebihan pemain-pemain kalau nak bandingkan dengan K.Rajagopal. He is the tactical mastermind.

 


Tapi itu semua cerita lama. Sekarang, bola sepak Malaysia semakin meningkat dan mula mendapat perhatian kawan dan lawan. Ada tak sesiapa yang terlepas tengok aksi Malaysia masa menang Piala AFF Suzuki tahun lepas selepas menang pingat emas Sukan SEA di Korat, Thailand? Kalau ada, hangpa semua tukar je la I.C. Hahaha… Itu la detik paling manis dalam sejarah bola sepak kita untuk 20 tahun ini selepas puas dikutuk, dicemuh dan di caci di dalam dan luar stadium, dalam media cetak/elektronik dan juga rancangan bual bicara di semua stesen televisyen tempatan mahupun luar negara. Epyy cukup gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mendengar doa Epyy. Sujud syukur kepada Mu, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Apa yang telah bola sepak kita kecapi hari ini, jangan sesekali kita lupa akan kepada-Nya. Dari Dia kita mendapat kesenangan, dan dari Dia juga kita mendapat kesusahan.

 

-got brain, use brain-

Dikirim dalam 1
Laman
Oktober 2017
I S R K J S A
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Blog Stats
  • 820 hits
Kategori
Popular
  • Tiada
Tulisan Terbaik