Sapa kat sini memiliki kereta buatan Malaysia? Tak kira la sama ada Proton atau Perodua. Bagi Epyy, kedua-dua syarikat ni memang lambang kemegahan orang Malaysia di mata dunia walaupun kereta Malaysia dihentam, dikutuk teruk oleh pengacara popular Top Gear, Jeremy Clarkson. Cukup panas bila kereta Savvy dan Myvi dihentak-hentak dengan tukul. Lepas tu pula di lenyek dengan kereta kebal kalau tak salah Epyy. Waah… Lu sapa bro nak komen teruk-teruk pasai kereta Malaysia? Kereta tu memang la kecik sebab kereta tu untuk orang Asia yang kebanyakannya betubuh kecil. Bukannya bertubuh sasa macam hangpa semua!.
Tahun 2008, Proton mula untuk bersaing dalam S2000 Rally Championship.
