Alhamdulillah sebab Epyy dilahirkan di Malaysia.. Syukur Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai orang Islam.. tapi sayangnya, undang-undang di Malaysia masih lagi menggunakan
undang-undang yang British buat sebelum merdeka. Alangkah selamatnya Malaysia jika hukum hudud dijalankan di Malaysia. Kenapa susah sangat nak jalankan hukum hudud di Malaysia??
Hukum hudud adalah hukum Allah. Undang-undang yang telah Allah s.w.t buat sebelum wujudnya Malaya/Malaysia lagi. Sebelum Perang Dunia Pertama lagi dah ada undang-undang hudud dalam Al-Quran. Hudud adalah untuk orang Islam. Sesiapa yang beragama Islam yang melakukan jenayah/kesalahan haruslah dihukum mengikut ajaran Islam. Untuk orang-orang yang bukan Islam, mereka boleh dihukum mengikut undang-undang yang sedia ada sekarang…
Tapi apa daya, Epyy hanyalah rakyat biasa. Hanya menurut perintah. Tapi jika ada orang yang berpengaruh yang terbaca blog Epyy ni, harap-harap la dapat difikirkan untuk menjalankan undang-undang Allah yang suci ni. Dah tak larat nak baca berita pasal buang anak/janin, pembunuhan. Yang sadisnya, anak bunuh si ayah kandung sendiri! Nauzubillah….

Ya Allah, selamatkan lah Malaysia dari kecelakaan dan tipu daya Dajjal laknatullah.