Wahh.. Penat betul Epyy hari Jumaat malam yang lepas. Ada katering pula yang hendak Epyy siapkan bersama Zaem. Nasib la katering kat surau ja. So, tak la penat yang terlampau sangat. Cuma menu yang diminta oleh tuan rumah yang nak buat kenduri tu yang sedikit buatkan kami berdua penat. Kari kepala ikan. Huhuhu…

Semalam (hari Sabtu) Epyy keluar ke Jalan Duta untuk beli tiket bas yang dikirim abg Mah. Keluar pun dah lewat juga. Dalam pukul 8 mlm. Selesai ja beli tiket, Zaem ajak aku untuk makan di luar bersama Bob. Epyy setuju danĀ  terus kami ke Imbi, tunggu Bob balik kerja.